Banyak gak SMS wish Ramadhan yang aku terima lately ni. Antara sms yg paling menarik perhatian aku adalah seperti berikut:
Sentiasalah SETTING Niat,
UPGRADE Iman,
DOWNLOAD sabar,
UPLOAD Usaha,
DELETE Dosa,
UPDATE Doa,
TOPUP Ilmu,
Supaya dapatlah REDEEM Pahala banyak2!
Jangan lupa RENEW lesen mulut,
SERVIS hati,
KAWAL kadar pencemaran mulut, mata & telinga,
PELIHARALAH enjin perut,
CUKAI minda & kesabaran.
Selamat menjalani ibadah PUASA,
wAH! Kreatif abes... I like! hahahaha..Hmmph.. ape2 pun, Sempena 1st Ramadhan ni, Melaka cuti ok!! So aku pun cuti lah sbb aku keje kat Melaka..heheh.. And Johor pun cuti gak. Bagus la tuh. Jadi semua kwn-kwn aku yang keje kat Melaka dan Johor, semua balik Muo untuk berbuka puasa bersama family.
Semalam (ahad), telah bermulalah Solat Sunat Terawikh. Aku pegi terawikh dkt Masjid MITC bersama Ieka & Family.Kebetulan diaorg sekeluarga melepak kat Melaka rumah aunty2 diaorg. So bila diaorg kate nak g terawih dkt Masjid MITC, aku join la skali. hikss....
Balik dari terawih tu, teserempak plak dengan Ema Maliha dgn mak bapak dia skali. Aku terdengar sayup2 ade org jerit, "Anak cikgu tijah! Anak Cikgu Tijah!!... Dalam hati aku, (Sape plak laa yang tahu aku anak Cikgu Tijah dekat Melaka Bandaraya Bersejarah ni???)ZzzZZzz..Skali aku pusing, EMA RUPANYA!! wahahhahhaah..kelakor ek. Leh lak terserempak kat ctu..! Terus aku ajak lepak skali mlm tu jugak..
So, lepas terawih tu, aku, ieka, gya (akak ieka), and ema, kitaorg hangout skali sampai nak dekat kul 2 am.. Mula-mula g cari roti canai sbb gya ngidam plakk..hahaha.. Pastu baru g Mcd sbb aku nak makan bubur tuk sahor. (^__^)
Lepas antor ema balik rumah, aku trus pecuttt balik sbb dah nak kul 2.30 pagi.. Seram ni soang2.. Tapi aku kene ingt, bulan ramadhan ni semua SYAITON dah kene tambat! Jadi, hilang terus rasa takot time tu. ohok ohok..
ok! Today (isnin) aku masih di Melaka. Aku ingt nak g saloon kat muo lah.. Pastu balik rumah untuk berbuka puasa bersama family. Pastu maybe by today jgak aku balik melaka semula sbb esok kerja. 1st time aku berpuasa seorang diri luar dari Muo even takde la jauh sgt pown..hahaha.. Dulu time tgh study kat MMU tak terasa sgt berpuasa di luar kawasan, sbb ramai kwn kwn kot.. Skrg ni je baru terasa sket sbb teman teman semua jauh. Sob sob... (T__T)
Ok lah. Semoga aku tabah menjalani ibadah puasa dan aku harap puasa aku diterima oleh NYA. Solat fardu pun harap takdelah yang tertinggal. Eheheh! okbai~
Happy Eid Mubarak kepada blogger2 yang lain. Love uh!
Ikhlas - Dan saya Fana


0 comments:
Post a Comment