Monday, October 31, 2011

Demotivated

Bila laa aku boleh start nak buat "Letter of Resignation" ni. Haih... Tak sabar rasanya. Bila la nak dapat keje baru ni ek. Interview da pegi, tinggal tunggu jawapan je ni. Ya Allah ya Tuhanku, murahkanlah rezeki ya Allah. Amin..

Kalo la aku diterima bekerja hasil dari aku pegi interview aritu (14 Oktober 2011), aku akan mula bekerja dia Kuala Lumpur bandaraya metropolitan pada 8 November 2011 (kalo dapat lah...kalo takpat, duk diam je k). Hiks...By the way, mampu kah aku nak keje kat KL ni? Ah! mampu tak mampu, mampu kan jugakk...!! Dari aku trus dok keje kat cni, gaji kecik, hati sakit, APE PUN TAKBLEH ~

Aku sangat tak sabar nak resign keje skrg ni and i have so00oooo many reason why i shud leave this company as soon as possible. Antaranya adalah:
  1. Stress. Stress sebab mula-mula start keje dulu, aku tak diberi senarai tugasan. Pekerja lama lak da berhenti. Job Description and Job specification tak dinyatakan dengan jelas. Semua keje kene wat pandai-pandai sendiri tanpa di supervise btol ke salah ke. Staf-staf yang ade pulak tak brape nak sharing maring. Ade sesetengah je yang ok.
  2. Welfare pekerja tak diambil peduli. HR byk bagi alasan je. Janji byk ditabur tp implementation takde.
  3. and of coz, Gaji kecik
  4. Kat cni, agak2 tunjuk pandai buat keje, semua task ko akan disuruh buat. Multitasking tu memang bagus, tp kalo da melampau2 sgt and non-stop lama kelamaan demotivated gak!
  5. Dah 8 bulan keje, baru nak SAH jawatan. Jawatan dah sah pun, tiada langsung kenaikan gaji.
  6. Working as contract basis dan takkan jadi permanent.
  7. No bonus and no others benefit. Only ade medical benefit which is RM600 SETAHUN.
  8. Sometimes, bos arahkan staf untuk bekerja pada hari weekends or CUTI UMUM. Boleh tu mmg la boleh tapi kami yang dtg bekerja pada hari CUTI UMUM ni langsung tidak dibayar. Jangan kata double pay, single pun takde. Dah la wajib hadir, pastu siap annouce No Cuti ! No EL ! No MC ! (T__T). Bila ngadu kat HR, nnti HR akan backup bos balik. Katanya, "Bos is always right". Baekkkkk.......Tapi ape pun, at last kami diberi 1 hari cuti ganti. So, okay lah.
  9. No training provided for staf development.
  10. AKu penah tanye staf yang da 4, 5 tahun keje kat cni. They all kate tak penah dpt any training pun. Increment gaji pun, dah 2 tahun keje baru merasa itu pun selepas diaorg ramai-ramai minta. Gaji basic mmg ditakuk lama je lah. Senang cite, diaorg ckp keje kat cni, "camne they all masuk dulu, camtu gak la they all keluar. Takde peningkatan dan tiada kelebihan". Lagi bertambah-tambah demotivated aku dibuatnya. Hermmm...
  11. Keje kat cni, kalo sekali tunjuk pandai, mmg susah trus sampai bila-bila. Sbb once kita da put initiative dalam sesuatu perkara, kita kene settle kan sensorang dari A sampai Z walaupun keje tu bukan keje kita. (pada mulanya ingin membantu, last2 trus jadi beban). Kat cni payah nak gain team work. Staf tak ramai pun satu hal. Masing-masing busy dengan hal masing-masing. hermm...
  12. Office plak bisinggggg... Dihuni oleh officemate yang ske buat bising mcm takde keje je. Borak sana..borak cni. Gelak kuat-kuat. Pasang music kuat kuat. Haih~ Orang nak berfikir pun payah~
  13. Then, terlalu byk multitasking sampaikan keje yg mmg keje kita tak dpt nak buat, tak dpt nak fokus dan tergendala! Terima task da mcm bakul sampah. Sumbat selagi boleh sumbat.
  14. Cth nya aku, jawatan sekarang as Pegawai HEP. Pengalaman keje total semua almost 3 years. Keje cni baru 10 bulan. Gaji dapat tak sampai RM2k. Then, dalam tempoh 10 bulan ni dah di appointed as Hostel Warden, then appointed as Internal Auditor ISO, then kene jadi Document Controller for ISO 9001:2008 pulak. Pastu kene wujudkan Alumni which is i have NO IDEA. Pressure wei !!!
  15. Yang task under HEP itself: Program/aktiviti pelajar, Election Day for MPP, Orientasi pelajar baru, pendaftaran asrama, kebajikan pelajar, disiplin pelajar, sukan pelajar, menguruskan pelajar nak apply cuti khas, apply menarik diri dan rayuan semak semula keputusan peperiksaan, menyediakan Buku Panduan Pelajar, menyediakan Buku Orientasi Pelajar baru dan lain-lain.
  16. Yang keje berkaitan Asrama and ISO tu, lagi takyah nak cite lah. Mmg banyak! Kang tak muat nak senaraikan semua. 
  17. Appointed as warden asrama ni mcm-mcm cabang kejenya. Dengor gitu je memang la simple. Orang yang tak lalui sendiri, tak nampak nature of work dia. Dengan kunci students slalu hilang la, tertinggal dalam umah la, pintu terkunci lah. Dengan mesin basuh asik rosak. Dengan kadang2 air kat asrama takde. Dengan vandalisme yang berlaku kat asrama. Tombol hilang, langsir kene kerat dua, pintu almari tercabut. Dengan hal surat menyurat antara owner bangunan Asrama lagi. Dengan masalah disiplin lagi. Dengan students sakit tengah2 malam. Haih, macam - macam hal lah. Aku ngadap semua keje ni soang2 tanpa mendapat 1 sen pun elaun. Patot ke tak patot?
  18. And the main reason kenapa aku nak sgt resign ni sebab aku sgt sakit hati keje kat cni.. Students kat cni mmg mcm anak raja. Semua kamcing ngan CEO especially students yg santek-santek. Aku malas la nak ckp lelebey kang kene sue lak! Tp inilah kenyataan. Ape aku buat dan semua tindakan aku amek terhadap students, semua tak dpt support dari pihak atasan. Siap aku plak yg dipersalahkan walhal terang dan nyata mmg pelajar tersebut melanggar peraturan kolej. Siap aku penah kene sound dgn CEo thru sms, "Dun be rude to students!" huh??? Wadahel?? Bila masa plak aku rude. Aku selama ni ckp dengan students pun tak penah guna word AKU ENGKAU! Jauh skali nak memaki hamun.. Last2 this is what i get? terima kasih la.. And fyi, this is not the first time my bos bertindak begini. Aku sgt kecewa and sgt sakit hati. Langsung takde nak backup staff. Aku jalankan tugas pun, aku kene mcm ni. Haishhhh......
  19. Students ade yang kurang ajar and menimbulkan byk masalah disiplin TAPI mereka di backup sebab mereka PANDAI dalam pelajaran. Yang backup nya bahagian Akademik la. Hish, tolong lah. Susah nak wat keje mcm ni. Darah tinggi aku dibuatnya.

I'm beginning to feel less motivated. I've sacrificed numerous weekends for work,simply because my boss tells me he needs extra help. I've canceled holidays, gone for students program on my days off etc, only because my boss tells me he needs the extra hand

However, I'm seeing nothing in return. I don't expect him to give me a raise etc, but I don't even get a simple thank you.

He spends more time criticizing me, sometimes for work sometimes for other things - he makes snide comments every now and then

I really don't want to move jobs - it's the last resort. But at the same time I wake up every morning not wanting to go to work. Mmg dah takde hati lah nak keje, senang cakap!

Gua nak RESIGN !!!!!!!!!! cepatlah dapat keje lain. Kawan-kawan, mari tlg doakan bersama. kbai~

    5 comments:

    Muhamad Syafiq said...

    insyaALLAH ade rezeki fana nanti..fiq tolong doakan..amin..

    NinHd said...

    boley punyaaaaaa.... tsk tsk tsk....

    Dan sAya FaNa said...

    fiq: amin. tq so much.

    nina: boleh boleh. mesti kene boleh!

    Farahdzila said...

    sian ko...takpe..Tuhan Maha Mengetahui.. :) Akak pun doakan sama moga fana dapat keje which is more better than this!!

    Dan sAya FaNa said...

    kak farah: uhuks... thanks. sy pun kesian kat akak gak sbb kita sama tmpt keje!! hahahahah